Pengenalan
Pelbagai jenis maklumat yang ingin
dicari boleh dijumpai melalui internet. Maklumat yang ingin dicari di internet
perlu menggunakan pembekal maklumat iaitu enjin carian. Terdapat beberapa
pembekal maklumat yang terdapat di internet seperti Yahoo, Google, MSN dan
lain-lain. Yang selalu digunakan ialah Yahoo dan Google. Kesemua pembekal
maklumat internet memberikan perkhidmatan yang hampir sama iaitu bahan yang
berelemenkan audio, video, teks, dan grafik.
Enjin Pencari
I. Google
II. Yahoo
III.MSN
Cara mendapatkan maklumat
I. Mengenalpasti tajuk.
II. Memilih kata kunci mengenai
tajuk atau bahan yang ingin dicari.
III. Memilih enjin pencarian yang
tepat.
IV. Menyemak kesesuaian maklumat/
bahan yang dijumpai. (Cuba guna enjin pencari yang berlainan)
V. Mengulangi proses pencarian
sekiranya perlu.
Enjin pencari biasa dilihat pada:
• Internet : Terletak pada kotak
pencari pada enjin pencari
• Intranet : Terletak pada pencari
dalam laptop mahupun komputer (home)
• Microsoft Word : Terletak pada
halaman Word (find)
• Laman Internet : Terletak dalam
laman web ataupun blog
Alamat Internet
Bagi melayari internet, pengguna
haruslah menaipkan alamat internet pada pembekal maklumat yang digunakan.
Selepas mengklik pada ikon internet, pengguna seterusnya akan diberikan senarai
laman yang berkaitan atau pengguna akan terus dibawa ke halaman yang telah
disetkan secara semula jadi. Antara contoh alamat pembekal adalah seperti:
I. www.google.com
II. www.yahoo.com.my
Pemilihan kata kunci
Kata kunci yang dipilih haruslah
sesuai dan bertepatan dengan maklumat yang ingin dicari. Pemilihan kata kunci
yang terlalu panjang menjadikan skop pemilihan bahan menjadi terlalu besar.
Sebagai contoh, pemilihan kata
kunci nota Bahasa Melayu. Perkataan ini terlalu panjang ; “nota” + “Bahasa” +
“Melayu”. Pengurangan pilihan boleh dibuat dengan menggunakan tanda “” sebagai
contoh “nota Bahasa Melayu”. Penyenaraian akan dikurangkan dengan cara begini.
Menyimpan bahan dalam bentuk fail
internet dan katalog internet
Fail internet terletak dalam folder
di dalam laptop. Fail ini akan wujud setelah pengguna memuat turun bahan dari
internet.
sofian.. tima kaseh jd pengikut blog saya :D
ReplyDeletesama2 :D salam perkenalan..haha
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete