PENGENALAN
Zaman internet ini, penggunaan halaman web membolehkan
sesiapa sahaja sama ada individu, syarikat atau organisasi untuk menyalurkan
pandangan, maklumat, pembelajaran hidupan dan sebagainya yang boleh dicapai
oleh sesiapa didunia dalam masa beberapa saat sahaja.
Kepentingan Membina Laman Web
Terdapat pelbagai kepentingan laman web.
Antaranya ialah:
i. Memaparkan idea
• Memaparkan idea yang berguna dan mampu membantu orang
lain.
ii. Meningkatkan kebolehan diri
• Dapat meningkatkan kebolehan dan kemahiran diri dalam
bidang internet
iii. Komunikasi maya
• Boleh manjalankan sesi komunikasi maya dengan pengguna di
seluruh dunia dan boleh mengadakan perbincangan bersama
iv. Berkongsi maklumat
• Mampu berkongsi maklumat sesama pengguna
Prosedur Pembinaan Tapak Pembelajaran Bagi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
Tapak pembelajaran merupakan satu tempat yang menyimpan
pelbagai halaman-halaman web dimana halaman tersebut boleh dicapai oleh
pengguna internet. Tapak pembelajaran ini merupakan bahan pengajaran masa kini
yang menggunakan komputer sepenuhnya. Tapak pembelajaran ini sering digunakan
guru sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Tapak pembelajaran haruslah berpandukan kepada Rancangan Pengajaran Harian.
I.Set Induksi
II.Langkah 1
III.Langkah 2
IV.Langkah 3
V.Penutup