Monday, 28 January 2013
Saturday, 19 January 2013
TAJUK 3 – APLIKASI GARIS PANDUAN DAN ETIKA PENGGUNAAN INTERNET
PENGENALAN
Etika komputer umumnya adalah satu bidang yang berkaitan dengan
penggunaan komputer yang betul (panduan). Hak peribadi individu, ketepatan dan
kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian adalah antara isu atau kes yang
membabitkan etika penggunaan komputer dalam era maklumat.
Memuat turun garis panduan dan etika penggunaan internet
Garis panduan dan etika penggunaan internet telah dimuat turun dari enjin
pencari maklumat di internet.
Objektif Kod Etika
i. Mengetahui masalah moral dan isu etika komputer
ii. Memahami prinsip etika komputer
iii. Memahami etika professional Teknologi Maklumat
iv. Mengetahui fungsi kod etika profesional
v. Keperluan etika komputer
Prinsip Kod Etika
i. Keseimbangan – kebaikan yang dibawa Teknologi Maklumat mestilah lebih
baik daripada risiko dan keburukan
ii. Keizinan termaklum – Mereka yang menerima kesan teknologi maklumat
mesti faham dan menerima risiko yang akan dihadapi
iii. Keadilan – Manfaat dan keburukan mestilah diterima oleh pengguna
secara adil
iv. Meminimumkan risiko – TM mesti dilaksanakan dengan mengelak risiko
yang tidak berkaitan dan diminimumkan agar manfaat yang diterima lebih daripada
risiko
Rukun Etika
i. Tidak menggunakan komputer untuk membahayakan orang lain.
ii. Tidak mengganggu kerja komputer orang lain.
iii. Tidak menceroboh masuk fail komputer lain.
iv. Tidak menggunakan komputer untuk mencuri
v. Tidak menggunakan komputer untuk menipu.
vi. Tidak menggunakan atau menyalin perisian yang tidak dibeli secara sah
(cetak rompak).
vii. Tidak menggunakan sumber daripada komputer orang lain tanpa
kebenaran.
viii. Tidak mengambil hasil intelektual orang lain untuk diri sendiri.
ix. Memikirkan kesan sosial program atau sistem yang dibangunkan.
Kerangka Kod Profesional
i. Mengelakkan kemusnahan dan kemudaratan kepada sesiapa misalnya
menyebarkan virus.
ii. Menyumbang kepada masyarakat seperti mereka bentuk produk baru yang
memudahkan penggunaan berkomunikasi.
iii. Menghormati sesuatu yang dianggap rahsia dan tidak menyebarkannya.
iv. Bersikap adil dan tidak menindas.
v. Menghormati hak cipta orang lain.
vi. Menghormati hak kebersendirian orang lain
Memindahkan garis panduan dan etika penggunaan internet dalam bentuk
brosur dan Power Point
Brosur
Brosur ialah untuk sebagai media promosi. Brosur ini digunakan di mana
untuk memberi tahu atau memujuk masyarakat untuk melibatkan diri dalam sesuatu
bidang yang tertentu. Brosur juga dapat digunakan dalam dunia perniagaan dimana
dapat menyampaikan maklumat atau jualan yang diadakan.
Power Point
Perisian Power Points atau keynote adalah perisian yang banyak digunakan terutama
dalam persembahan oleh bahagian korporat atau syarikat komersial,pembentangan
kertas kerja dalam seminar atau persidangan, kuliah atau tutorial di institusi
pengajian tinggi dan pengajaran dalam bilik darjah.
Pada masa ini, power points bukan sahaja mempunyai kelebihan untuk
membuat persembahan pasif atau satu hala malahan mempunyai kelebihan untuk
menjadikan persembahan lebih interaktif. Ini membawa maksud perkataan power
point boleh berfungsi sebagai alat pengarang untuk mengatur cara dan membina
bahan Instruksi Berbantu Komputer (IBK) yang berkesan.
TAJUK 2 – MENGGUNAKAN INTERNET, ENJIN PENCARI BAHAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
Pengenalan
Penggunaan internet sebagai salah satu cara mengumpulkan bahan merupakan satu cara yang telah diguna pakai oleh ramai orang. Pelbagai maklumat telah dimuat naik di internet bagi memudahkan penggunaannya. Penggunaan ini telah memberi pelbagai kemudahan kepada semua pihak.
Maklumat yang pelbagai ini harus diurus dengan baik agar dapat digunakan dengan mudah.
Mengumpul dan mengkategorikan bahan audio, video, grafik dan teks
Maklumat yang telah dikumpul haruslah dikategorikan. Pengkategorian ini memudahkan pencarian dan penggunaan bahan yang telah dikumpul.
Antara kategori yang boleh dibuat ialah:
i. Lagu
ii. Video
iii. Teks
iv. PDF
v. Gambar
vi. Permainan
Mengumpul bahan daripada internet ke dalam folder berdasarkan kemahiran bahasa
Pengumpulan bahan kebiasaannya bertujuan untuk mengadakan sesuatu pengajaran. Setiap pengajaran haruslah berteraskan kepada 4 kemahiran bahasa iaitu:
i. Kemahiran Lisan (mendengar dan bertutur)
ii. Kemahuran membaca
iii. Kemahiran Menulis
Saturday, 5 January 2013
TAJUK 1 - PENGGUNAAN ENJIN PENCARI BAHAN BAHASA MELAYU
Pengenalan
Pelbagai jenis maklumat yang ingin
dicari boleh dijumpai melalui internet. Maklumat yang ingin dicari di internet
perlu menggunakan pembekal maklumat iaitu enjin carian. Terdapat beberapa
pembekal maklumat yang terdapat di internet seperti Yahoo, Google, MSN dan
lain-lain. Yang selalu digunakan ialah Yahoo dan Google. Kesemua pembekal
maklumat internet memberikan perkhidmatan yang hampir sama iaitu bahan yang
berelemenkan audio, video, teks, dan grafik.
Enjin Pencari
I. Google
II. Yahoo
III.MSN
Cara mendapatkan maklumat
I. Mengenalpasti tajuk.
II. Memilih kata kunci mengenai
tajuk atau bahan yang ingin dicari.
III. Memilih enjin pencarian yang
tepat.
IV. Menyemak kesesuaian maklumat/
bahan yang dijumpai. (Cuba guna enjin pencari yang berlainan)
V. Mengulangi proses pencarian
sekiranya perlu.
Enjin pencari biasa dilihat pada:
• Internet : Terletak pada kotak
pencari pada enjin pencari
• Intranet : Terletak pada pencari
dalam laptop mahupun komputer (home)
• Microsoft Word : Terletak pada
halaman Word (find)
• Laman Internet : Terletak dalam
laman web ataupun blog
Alamat Internet
Bagi melayari internet, pengguna
haruslah menaipkan alamat internet pada pembekal maklumat yang digunakan.
Selepas mengklik pada ikon internet, pengguna seterusnya akan diberikan senarai
laman yang berkaitan atau pengguna akan terus dibawa ke halaman yang telah
disetkan secara semula jadi. Antara contoh alamat pembekal adalah seperti:
I. www.google.com
II. www.yahoo.com.my
Pemilihan kata kunci
Kata kunci yang dipilih haruslah
sesuai dan bertepatan dengan maklumat yang ingin dicari. Pemilihan kata kunci
yang terlalu panjang menjadikan skop pemilihan bahan menjadi terlalu besar.
Sebagai contoh, pemilihan kata
kunci nota Bahasa Melayu. Perkataan ini terlalu panjang ; “nota” + “Bahasa” +
“Melayu”. Pengurangan pilihan boleh dibuat dengan menggunakan tanda “” sebagai
contoh “nota Bahasa Melayu”. Penyenaraian akan dikurangkan dengan cara begini.
Menyimpan bahan dalam bentuk fail
internet dan katalog internet
Fail internet terletak dalam folder
di dalam laptop. Fail ini akan wujud setelah pengguna memuat turun bahan dari
internet.
Subscribe to:
Comments (Atom)