Saturday, 5 January 2013

TAJUK 1 - PENGGUNAAN ENJIN PENCARI BAHAN BAHASA MELAYU



Pengenalan
Pelbagai jenis maklumat yang ingin dicari boleh dijumpai melalui internet. Maklumat yang ingin dicari di internet perlu menggunakan pembekal maklumat iaitu enjin carian. Terdapat beberapa pembekal maklumat yang terdapat di internet seperti Yahoo, Google, MSN dan lain-lain. Yang selalu digunakan ialah Yahoo dan Google. Kesemua pembekal maklumat internet memberikan perkhidmatan yang hampir sama iaitu bahan yang berelemenkan audio, video, teks, dan grafik.


Enjin Pencari

I. Google














II. Yahoo


















III.MSN

















Cara mendapatkan maklumat

I. Mengenalpasti tajuk.
II. Memilih kata kunci mengenai tajuk atau bahan yang ingin dicari.
III. Memilih enjin pencarian yang tepat.
IV. Menyemak kesesuaian maklumat/ bahan yang dijumpai. (Cuba guna enjin pencari yang berlainan)
V. Mengulangi proses pencarian sekiranya perlu.


Enjin pencari biasa dilihat pada:

• Internet : Terletak pada kotak pencari pada enjin pencari
• Intranet : Terletak pada pencari dalam laptop mahupun komputer (home)
• Microsoft Word : Terletak pada halaman Word (find)
• Laman Internet : Terletak dalam laman web ataupun blog


Alamat Internet
Bagi melayari internet, pengguna haruslah menaipkan alamat internet pada pembekal maklumat yang digunakan. Selepas mengklik pada ikon internet, pengguna seterusnya akan diberikan senarai laman yang berkaitan atau pengguna akan terus dibawa ke halaman yang telah disetkan secara semula jadi. Antara contoh alamat pembekal adalah seperti:

I. www.google.com
II. www.yahoo.com.my


Pemilihan kata kunci
Kata kunci yang dipilih haruslah sesuai dan bertepatan dengan maklumat yang ingin dicari. Pemilihan kata kunci yang terlalu panjang menjadikan skop pemilihan bahan menjadi terlalu besar.
Sebagai contoh, pemilihan kata kunci nota Bahasa Melayu. Perkataan ini terlalu panjang ; “nota” + “Bahasa” + “Melayu”. Pengurangan pilihan boleh dibuat dengan menggunakan tanda “” sebagai contoh “nota Bahasa Melayu”. Penyenaraian akan dikurangkan dengan cara begini.

Menyimpan bahan dalam bentuk fail internet dan katalog internet
Fail internet terletak dalam folder di dalam laptop. Fail ini akan wujud setelah pengguna memuat turun bahan dari internet.

3 comments: